9 Februari 2012 – Unit Kokurikulum telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan A dan Pasukan B ke Pertandingan Sepak Takraw MSSK Selatan 2012. Pasukan SK Segamat Baru B telah berjaya meraih tempat ketiga dan seorang pemain telah terpilih ke MSSD. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat melatih pasukan tersebut.
Last Updated on Friday, 10 February 2012 07:20 | Friday, 10 February 2012 07:15
5-6 Disember 2011 – SK Segamat Baru telah mengadakan lawatan ke Studio Universal (Singapore) bagi pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak sekolah dan PIBG. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru.
Wednesday, 07 December 2011 06:17
Unit Kurikulum telah menganjurkan satu Majlis Keputusan UPSR dan Perpisahan Akhir Tahun bagi sesi 2011.Seramai 15 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dan tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru yang bertungkus-lumus bagi menaikkan lagi peratus keputusan di SK Segamat Baru.
Last Updated on Wednesday, 07 December 2011 06:16 | Wednesday, 07 December 2011 05:44
TARIKH : 13 Oktober 2011 (Khamis)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : Padang Sekolah SK Segamat Baru
Last Updated on Thursday, 13 October 2011 07:31 | Thursday, 13 October 2011 02:41
Pada 5 Oktober yang lalu, Unit Kokurikulum telah menghantar 9 orang dan 4 kumpulan peserta beregu untuk menyertai Pertandingan Badminton RIMUP di SJKC Bukit Siput. Berikut adalah senarai keputusan pertandingan :-
Last Updated on Monday, 10 October 2011 00:47 | Monday, 10 October 2011 00:30

7-9 Oktober 2011-Unit Ko-kurikulum telah menganjurkan Perkhemahan Badan Beruniform dan Program RIMUP bersama SJKT Ladang Segamat yang melibatkan semua unit beruniform SK Segamat Baru. Perkhemahan tersebut telah diadakan Padang Sekolah SK Segamat Baru. Perkhemahan ini dianjurkan untuk memberikan peluang kepada pelajar bagi mempraktikkan kemahiran berkhemah, membentuk pelajar yang mempunyai jati diri, berhemah dan bersemangat waja, di samping memupuk semangat perpaduan.
Last Updated on Sunday, 09 October 2011 07:23 | Sunday, 09 October 2011 06:18
7 Oktober 2011 – Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Segamat Baru telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah kepada murid Tahap 2. Kursus sehari di sekolah itu telah mendedahkan murid kepada teknik mengurus jenazah dengan sempurna seperti cara mandi, mengkafankan dan solat jenazah dengan betul. Kursus itu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Aktiviti mengkafankan mayat yang diadakan secara teori mengikut kumpulan. Warga SK Segamat Baru berharap kursus ini dapat memberi manfaat dan saya berharap dapat membantu masyarakat setempat mengurus jenazah pada masa akan dating. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
Last Updated on Friday, 07 October 2011 04:30 | Friday, 07 October 2011 04:29
Pada 5 Oktober 2011 ( Rabu) - Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Segamat Baru,telah menganjurkan taklimat dan ceramah berkenaan dengan persediaan pelajar- pelajar tahun 6 ke sekolah menengah. Ceramah telah di sampaikan oleh En. Loong merangkap Penyelia Petang SMK Paduka Tuan. Antara kandungan ceramah yang ditekankan oleh beliau ialah persediaan mental pelajar untuk mengharungi alam persekolahan di peringkat menengah dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh pelajar apabila berada di sekolah menengah dan cara mengatasi cabaran- cabaran tersebut. Ceramah yang berlangsung selama 1 jam ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 9.00 pagi.
Last Updated on Wednesday, 05 October 2011 01:21 | Wednesday, 05 October 2011 00:40
Page 1 of 10






![]() | Hari Ini | 51 |
![]() | Semalam | 180 |
![]() | Minggu Ini | 1263 |
![]() | Minggu Lalu | 1168 |
![]() | Bulan Ini | 3272 |
![]() | Bulan Lalu | 3587 |
![]() | Sehingga Kini | 72420 |